Salam semua. Apa khabar? Harap sihat semuanya. Ok, hari ini review kapcai nak buat review tentang modenas GT128. Aku sebenarnye belum test ride lg motor ni. Cume baru belek2 je.hehe. Motor ni, kapcai paling latest kat bumi malaya ni setakat 13.04.09. Sape2 yang tak penah tengok motor ni, nah aku bg tengok gambo motor ni.
Ni motor modenas gt128 warna hijau. Modenas gt128 ni didatangkan dengan beberapa versi warna iaitu Uranium Orange, Kriptonia Green, Titanium Silver dan Milenia White. Enjin motor ni agak mantap la. Modenas bergabung tenaga dengan Kawasaki untuk membina enjin motor gt128 ni. Peh, kawasaki name besar ni dalam arena permotoran. Mesti mantap.
Tang part body motor ni plak, memang cun cover set die. Warna pun semuanya pada aku menarik menarik hati. Sesuai untuk semua golongan dari muda ke veteran. Dengan kombinasi warna hitam, menampakkan lagi motor ini begitu garang. Kali ni modenas kasi break disk depan belakang. Meter motor gt128 ni paling memikat hati aku yang mana pihak modenas telah meletakkan meter digital. Mcm kereta plak.
Harga plak RM 4,888.00 (dual starter) kalau cash. Utang mahal sikit kot dalam rm5.2k.. Motor ni mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.hehe. tak la mahal sangat. stendet je hargenye. Kire motor gt128 ni pakej lengkap la. Untuk info overview pasal gt128 ni, tengok kat sini. Ok lain kali aku review lagi prestasi motor ni di posting2 akan datang. Tunggu.. Adios.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment