Assalamualaikum. Baru-baru ini pihak boon siew honda telah melancarkan motosikal kapcai baru di pasaran malaysia. Ia dikenali sebagai Honda Future 125. Jadi mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk motorsikal ini, keupayaan enjin, warna yang terdapat di pasaran, penjimatan minyak dan macam-macam lagi lah. So mari kita rungkaikan satu per satu.

Honda Future 125 ini bila dilihat ada iras-iras motor honda wave s 125. Mungkin honda future 125 ini adalah versi upgrade dari honda wave s 125. Fairing tepi die dah macam honda CBR1000RR. Nampak cun sikit dari honda wave s 125. Bentuk ekzos tak terlalu besar dan kembang. Lampu belakang guna LED. Brek cakera depan dan belakang bagi versi warna merah. Tempat duduk lebih lebar dan luas. Kabin bawah tempat duduk luas dan boleh muat 1 helmet full-face.

Bahagian enjin pula dibekalkan dengan enjin 4 lejang 125cc OHC. Enjin ini mempunyai 4 gear. Enjin ini boleh memecut sehingga 120km/j dengan mudah. Enjin Honda Future 125 ini boleh dikatakan jimat minyak. Sesuai untuk kegunaan harian.

Warna yang available untuk honda future 125 ini ialah Merah Euforia Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Jingga Merjan Metalik. Berikut adalah spesifikasi penuh honda future 125.


ENJIN
Jenis Enjin : Penyejuk Udara, OHC Enjin 4 Kitaran
Gerek & Lejang : 52.4 X 57.9 mm
Sesaran Enjin : 124.8cc
Nisbah Mampatan : 9.3 : 1
Sistem Penghidup        : Penghidup Elektrik & Tendang
Muatan Minyak Pelincir : 0.9L (Selepas Ditanggalkan)
                                     : 0.7L (Selepas Pembuangan)

TRANSMISI KUASA
Klac : Automatik & Klac Basah Berbilang Plat
Transmisi : Jejaring Tetap 4 Kelajuan
Gear 1 : 2.500 (35 / 14)
Gear 2 : 1.550 (31 / 20)
Gear 3 : 1.150 (23 / 20)
Gear 4 : 0.923 (24 / 26)
Nisbah Penurunan Utama : 3.350 (67 / 20)
Nisbah Penurunan Akhir : 2.571 (36 / 14)

SISTEM ELEKTRIK
Sistem Pencucuhan : DC-CDI
Bateri : 12V / 3A.h

DIMENSI
Panjang Keseluruhan : 1932mm
Lebar Keseluruhan :   711mm
Tinggi Keseluruhan : 1092mm
Jarak Roda : 1258mm
Berat Bersih Elektrik / Roda Jejari / Brek Cakera Depan : 99kg
Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan : 100kg
  Elektrik / Roda Sporti / Brek Cakera Depan & Belakang : 101kg

CASIS
Bentuk Kerangka : Tulang Belakang
Suspensi : Depan - Teleskopik 81mm
                : Belakang - Kembar 81mm
Muatan Tangki Petrol : 5.6L
Ukuran Tayar : Depan - 70 / 90 - 17M / C 38P
                      : Belakang - 80 / 90 - 17M / C 50P
Sudut Caster : 26° 30'
Jejak Trail : 68mm


 honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

honda future 125

Spesifikasi Honda Wave Dash 110

Posted by Review Kapcai | 4:27 PM

Selamat pagi malaysia dan semua kaki motor. Hari ni review kapcai nak review sikit tentang spesifikasi honda wave dash 110.
dan di bawah ni ialah spesifikasinya :

Spesifikasi Honda Wave 110

ENGINE
Engine Type....................Air Cooled, 4 Cycle Engine OHC
Bore & Stroke..................50.0 x 55.6mm
Displacement...................109.1cc
Compression Ratio..............9.0:1
Engine Starter System..........Kick Starter/Electric Starter
Lubricating Oil Capacity.......1.0 liter

POWER TRANSMISSION
Clutch.........................Automatic Centrifugal & Multi Wet Clutch
Transmission...................4 speed constant mesh
1st Gear.......................2.615 (34/13)
2nd Gear.......................1.550 (28/18)
3rd Gear.......................1.136 (25/22)
4th Gear.......................0.916 (22/24)
Primary Reduction Ratio........4.059 (69/17)
Final Reduction Ratio..........2.642 (37/14)

ELECTRICAL
Ignition.......................CDI
Battery........................12V-2.5AH (Kick Starter)/12V-3.0AH (Electric Starter)

DIMENSIONS
Overall Length.................1925mm
Overall Width..................709mm
Overall Height.................1084mm
Wheelbase......................1221mm
Body Weight....................94kg (Kick Starter, Spoke Reams)/96kg (Electric Starter, Sports Reams)

CHASIS
Frame..........................Back Bone
Suspension - Front.............Telescopic 81mm
Suspension - Rear..............Twin 80mm
Fuel Capacity..................3.7 liter
Tyre - Front...................70/90 -17M/C 38P
Tyre - Rear....................80/90-17M/C 50P
Caster.........................26 degree 00'
Trail Distance.................67mm

PERFORMANCE
Maximum Horse Power............6.22kW/7500rpm
Maximum Torque.................8.59Nm /5500rpm

honda wave dash 110

honda wave dash custom

honda wave dash modified

honda wave dash

note: entry sebelum ini preview yamaha 125z

Preview Yamaha 125z

Posted by Review Kapcai | 5:50 PM

Kali ini, Review Kapcai akan mereview motosikal yamaha 125z. Seperti yang kita semua tahu, yamaha 125z adalah sejenis motosikal yang tidak asing lagi di negara kita. Motosikal ini dijana oleh enjin 2 stroke. Walaupun cc enjin motosikal ini agak biasa-biasa saja, tapi speed nya mampu mencecah 160km/j. Ia didatangkan dengan dua jenis warna iaitu hitam dan merah. Berikut adalah spesifikasi motosikal ini :

Panjang keseluruhan x lebar x tinggi
1,900 x 675 x 1,035 mm

Tinggi tempat duduk
752 mm

Lebar tayar
1,250 mm
Minimum Ground Clearance
135 mm

Berat kering
101 kg

Kapasiti minyak enjin
1.2 litre

Sistem nyalaan
Digital-advanced magneto type CDI

Transmisi
6 kelajuan

Break depan dan belakang
Single disc brake

Harga atas jalan motorsikal ini adalah RM6292.26 yang dinyatakan oleh pihak yamaha. Mungkin tinggi sikit jika kita beli di kedai.

Notes : backlinks for kitchenaid mixer parts

yamaha 125z

Belang R 150

Posted by Review Kapcai | 2:11 AM

Anda tahu mengenai belang r150? nantikan review dari kami..

Modenas GT128 Review

Posted by Review Kapcai | 12:34 AM

Salam semua. Apa khabar? Harap sihat semuanya. Ok, hari ini review kapcai nak buat review tentang modenas GT128. Aku sebenarnye belum test ride lg motor ni. Cume baru belek2 je.hehe. Motor ni, kapcai paling latest kat bumi malaya ni setakat 13.04.09. Sape2 yang tak penah tengok motor ni, nah aku bg tengok gambo motor ni.

modenas gt128

Ni motor modenas gt128 warna hijau. Modenas gt128 ni didatangkan dengan beberapa versi warna iaitu Uranium Orange, Kriptonia Green, Titanium Silver dan Milenia White. Enjin motor ni agak mantap la. Modenas bergabung tenaga dengan Kawasaki untuk membina enjin motor gt128 ni. Peh, kawasaki name besar ni dalam arena permotoran. Mesti mantap.

Tang part body motor ni plak, memang cun cover set die. Warna pun semuanya pada aku menarik menarik hati. Sesuai untuk semua golongan dari muda ke veteran. Dengan kombinasi warna hitam, menampakkan lagi motor ini begitu garang. Kali ni modenas kasi break disk depan belakang. Meter motor gt128 ni paling memikat hati aku yang mana pihak modenas telah meletakkan meter digital. Mcm kereta plak.

Harga plak RM 4,888.00 (dual starter) kalau cash. Utang mahal sikit kot dalam rm5.2k.. Motor ni mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.hehe. tak la mahal sangat. stendet je hargenye. Kire motor gt128 ni pakej lengkap la. Untuk info overview pasal gt128 ni, tengok kat sini. Ok lain kali aku review lagi prestasi motor ni di posting2 akan datang. Tunggu.. Adios.

Review Kapcai Intro

Posted by Review Kapcai | 3:00 AM

Salam semua. Di harap anda semua sihat sejahtera hendaknya. Ini post pertama untuk blog review kapcai. Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk membuat review terhadap motorsikal kapcai yang baru "lahir" ataupun yang dah lame berada di pasaran malaysia.

Oleh itu, dengan ada nya blog ini, anda boleh jadikan informasi yang terdapat dalam blog ini sebagai panduan untuk membeli motor. Penyampaian blog ini adalah santai. Di harap, sapa2 yang nak komen, jangan segan silu. Komen je :). Ok, tunggu posting-posting seterusnya ya.